Blogs

JALINAN ERAT TAUKE AYAM KAMPUNG : HARIAN METRO

Hai Rozzaman Jalal
rencana@hmetro.com.my
HARIAN METRO Selasa 4 JULAI 2017

Industri penternakan ayam kampung di negara ini mendapat pasaran yang luas apabila pengguna kini memilih untuk menikmati daging ayam lebih sihat dan terjamin selain kandungan kolestrol serta lemak yang lebih rendah. Namun penternak ayam kampung sama ada secara kecil-kecilan atau berskala besar perlu dihimpunkan dalam satu wadah yang mampu bergerak lebih jauh untuk menembusi pasaran industri berkenaan.

Penubuhan Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) pada Ogos tahun lalu wajar bagi menghimpunkan semua usahawan yang terbabit dalam industri ayam kampung sebagai satu platform untuk menjalin rangkaian sesama ahli. Presiden PUSAKA Ahmad Najib Habeb berkata, matlamat persatuan adalah untuk membina jaringan rangkaian perniagaan ayam kampung dalam kalangan ahli dan meningkatkan daya saing mengikut pengkhususan bidang masing-masing. Katanya, walaupun pada awal penubuhannya hanya 40 usahawan menyertainya namun kini keahliannya mencecah lebih 200 ahli di seluruh negara. “Melalui persatuan kami
dapat memupuk semangat saling membantu dan mengeratkan kerjasama dalam kalangan ahli.

Ahmad Najib yang juga Pengarah Urusan Marzuq Bayu Sdn Bhd yang mengeluarkan Dedak Warisan khusus untuk ternakan ayam kampung berkata, PUSAKA turut menganjurkan kursus, program dan aktiviti berkaitan penternakan dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatkan pengetahuan dan daya saing ahli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *