Ayam Kampung

PEMBEKAL ANAK AYAM KAMPUNG DI MALAYSIA

Sumber anak ayam kampung kacuk atau asli adalah perkara utama dalam penternakan ayam kampung ini. Jika tiada anak ayam, tidaklah di panggil penternakan ayam kan. Jadi terdapat 2 baka yang terdapat dipasaran sekarang; ayam kampung kacuk, termasuklah ayam kampung mardi dan ayam kampung asli. Permintaan terhadap ayam kampung kacuk adalah jauh lebih tinggi dan berpotensi lebih tinggi berbanding ayam kampung asli, anak-anak ayamm kampung yang dihasilkan adalah kacukan ayam kampung yang lebih cepat membesar dalam tempoh 2 bulan setengah hingga 3 bulan untuk mencapai berat 1.5kg. Kebiasaan ayam kampung kacuk mempunyai bulu seragam bewarna kuning cream keseluruhannya tanpa jalur-jalur, dan ayam kampung asli pula mempunya kepelbagaian seperti bewarna hitam, coklat pekat dan berjalur-jalur.

Beberapa ahli Persatuan Usahawan Ayam kampung Malaysia telahpun memulakan pembiakbakaan ayam kampung kacuk secara skala sederhana. Antaranya adalah :

  1. Mutiara Agro Farm di Tasek Gelugor, Penang. En Kamarul 013 470 8991
  2. Jaya Jasa Agro Farm di Kuala Selangor, Selangor. En Yazid 019 393 3977
  3. Warisan Habeb Farm di Bkt Gambir Johor. En Anuar 012 266 4244

Selain ahli PUSAKA, terdapat juga beberapa breeder lain yang mengeluarkan anak ayam kampung seperti dari Kami Farming Sdn. Bhd. Bkt Mertajam Penang dan Teo Seng Capital Berhad, Yong Peng, Johor. Diharapkan ahli pusaka terlibat akan bekerjasama dan mengembangkan usaha masing-masing yang mampu menampung keperluan anak ayam di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *