SOP Menjalankan Bisnes Secara Korporat.

1) Tubuhkan sebuah syarikat. (PLT atau SDN BHD)

ENTERPRISE bukan syarikat. Itu hanya daftar perniagaan sahaja.

2) Berpartner sekurang-kurangnya 3 orang.

Kenapa bukan 2? Apabila hanya 2 orang, dari sudut mencapai kata sepakat, amat sukar untuk di capai.

Partner A -- kata YA
Partner B -- kata TIDAK.

Selepas meeting, dedua tidak mencapai kata sepakat, masam muka, kerja pun tak jadi.

Apabila ada 3 orang, sekurangnya pengiraan majoriti mudah diperolehi.

3) Tetapkan Tugasan (ALP cum shareholder)

Mahu bekerja juga?
Atau sebagai shareholder sahaja?
Sebaik-baiknya, semua shareholder bekerja sekali dengan kepakaran masing-masing yang ada.

Partner 1 -- DNA Marketing -- keluar pejabat. Kalau online (buat marketing online), bawa duit masuk.

Partner 2 -- DNA membuat -- duduk sahaja di tempat production. Lead production. Kalau bisnes roti, partner ni yang akan duduk di bahagian production. Pendek kata, individu ni memang mahir gila bab-bab produk.

Partner 3 --- DNA mengurus -- duduk opis, jaga bisnes. Berapa sales masuk, rekod. Berapa order keluar, rekod. Jaga cashflow. Jaga pengurusan bisnes, filingnya, rekod nya.

4) Apabila tugasan sudah di bahagikan, jalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.

Dont cross the border. Acah-acah terer nak buat semua. Itu gila kuasa namanya.

5) Tetapkan pegangan saham. Hanya syarikat sahaja yang mempunyai saham. Enterprise memang tiada.

Jika kita yang punya idea (walau tiada modal yang banyak ketika itu), letakkan sahaja porsi saham kita yang paling tinggi.

Lantik diri kita as CEO.
Letak je 60%.
Part ni semua ALP kena setuju.

Maka, partner 2 dan 3 -- 20% saham each.

6) Tetapkan gaji.

Jika ada 3 orang partner yang memang wujud dari syarikat ditubuhkan sehingga syarikat mampu membayar gaji, tetapkan sahaja gaji yang sama kesemuanya.

Partner A.
Partner B
Partner C

Gaji RM2500, seorang. Setel.

7) Dah tetapkan gaji, tetapkan pula, modal berbayar syarikat. Ini kiraan mudah. Letak sahaja 100k. Tapi, masing-masing tiada modal. Guane nak park RM100K dalam syarikat.

Lakukan ini ---

+ Setiap kos perjalanan yang kita pergi untuk urusan kerja, rekodkan.
Contoh : OS ke Sabah. Jumlah kos perjalanan RM500. Jangan claim duit ni. Biar je hangus gitu. Convert RM500 ni as pembayaran saham.

Sebelum pembayaran saham terjadi, kena sign kontrak perjanjian dahulu sesama ALP. Ini wajib. Deal tidak terjadi dengan cakap-cakap mulut sahaja.

Partner 1 -- kena bayar RM60K ke dalam syarikat.
Partner 2 dan 3 - kena bayar RM20K.

Tidak perlu duit tunai pun untuk membayar saham tadi. Apa yang penting, gunakan sahaja cara-cara yang betul untuk membayar.

   (1) Jangan ambil gaji penuh. Ambil RM1K. RM1.5K bayar kepada syarikat.

    (2) Jangan claim apa-apa. Semua kos perjalanan dan juga kos-kos yang di keluarkan untuk syarikat, catit. Dan bayar semula kepada syarikat.

    (3) Keluarkan duit sendiri dan bayar. (Kalau ada duit nak bayar).

Cukup sahaja pembayaran saham kita, kita sudah boleh mula dapat dividen.

8) Di sebabkan itu, sebagai satu syarikat, kita dan partner sudah tiada masa hendak membuat perkara-perkara yang boleh di SOP kan.

Tugas kita sudah mencabar iaitu mengembangkan bisnes bukan membuat produk lagi.

9) Sentiasa jalankan progress meeting. Road map. Forecast. Bajet. Ini tools yang kena ada dan buat.